Tuesday, September 21, 2010

In my life nothing is perfect part 2..

Yang terakhir sekali aku citer dlm In my life nothing is perfect dulu ialah kahwin. Hari ni aku nak cerita ttg kawan... Disebabkan kawan aku ni suka berahsia biarla aku namakan dia sbg M aje.

M n aku berkawan sejak sekolah menengah lagi.. Masa tingkatan 4 dia pindah sekolah lain. Nama je duk satu sungai buloh tp susah nak berjumpa... lama gak x berjumpa, 2 tahun lamanya.. Setelah 2 tahun x berjumpa, kitorg jumpa balik kat kolej kat shah alam. Itu pun secara x sengaja.. Macam aku cakap awal2 td.. Dia ni suka berahsia, so dia susah nak bgtau yg dia tu blaja ke x ke... Lepas abis blaja kitorg, berpisah balik.. tp x lama kadang2 jumpa gak.. disebabkan aku x nak putus hubungan dgn dia. so aku bg warning kat dia klu dia tukar no telefon pastikan dia bgtau aku.. Bukan nya dia x de emel ade. Itupun dia susah nak bg kat kwn2 dia..

So dipendekkan citer.. Hari ahad lepas 3 okt, aku ajak dia keluar n dia pun setuju.. Aku dah janji nak blaja dia masa aku dpt gaji pertama dulu tp x dpt blanja coz dia asyik tunda je pasal sibuk sgt.. Tp jadi sebaliknya.. kitorg share.. dia x bg aku bayar utk dia sekali.. Pastu kitrg berjalan-jalan sambil bercerita ttg pengalaman aku kat tmpat keje aku.. Mcm2 aku cerita termasuk perkara2 yg patutnya jadi rahsia aku, dah diluahkan kpd dia.. Penat berjalan aku ajak M masuk kedai buku nak tgk bahagian komputer.. Aku jumpa satu buku yg aku betul2 minat tp Harganya mahal dlm rm100 ke atas..

Masa tu aku lak x cukup duit.. Aku hanya ade duit nak blanja M je.. M lak faham keadaan aku n nak bagi aku pinjam duit dia... Mula2 aku x nak coz x suka berhutang, tp lepas M ckp yg dia nak aku dpt blaja dia x kisah pinjamkan duit kat aku.. Aku gembira betul.. Aku bersyukur gila dpt kawan mcm dia.. akhirnya aku pinjam gak duit dia.. Happy betul aku dapat buku tu, aku asyik ucapkan terima kasih kat dia.. Dia kata xpa.. Tp dia nak aku baca buku tu nanti dia nak soal blk... hahaha.. M, u are the best friend i got in the world.. Thank u so much.. Love u M...;p

Nak dijadikan cerita ari selasa 5 okt, aku dapat bonus.. terus aku bayar duit dia..
aku happy betul.. aku x suka berhutang terutamanya duit kawan... kita blh hilang kwn krn berhutang je.. M bukan aku x suka bila ko pinjamkan aku duit tu tp aku x nak kehilangan kwn macam ko... Aku pun suka bg pinjam duit kat kwn tp ade satu perasaan x selesa bila pinjam duit org.. ia berbeza dr perasaan meminjamkan duit..

Sayang ko dude..
ok sampai sini cerita in my life nothing is perfect part2

My life...

In my life nothing is perfect..
In my life there is always trouble...
In my life there is always pain..
In my life there is few happiness...
In my life there is hypocrite..

In my life nothing is perfect

Dah lama aku tak cek blog ni... Kerja n penat...

Tiada ape yg sempurna dlm hidup aku.. ade je masalah yg timbul.

Aku tau ramai yg x suka aku tp aku wat bodo krn malas nak cari gaduh... Klu aku ckp sikit blh dijadikan isu besar... padahal perkara kecil je... aku x faham knp mereka selalu salah faham dgn ape yg aku cakap... aku yg x pandai cakap ke org lain pura2 x faham... Bila aku nak bg pendapat yg baik, ia akan ditukar kpd pendapat yg buruk...
Kenapa????

Apa salah aku?? aku selalu tertanya dgn diri-sendiri... Nak tnya diorg.. huh.. diorg jwb lain adelah... Depan aku baik, belakang aku x payah ckp la... Dlm dunia ni hnya ade berape org je blh dipercaya.... Aku sendiri pun org x nak percaya.. takut ape, aku pun x tau... mcm la aku akan kenakan diorg balik... aku x de masa nak wat benda2 macam tu la...

Dalam hdup aku ni, mcm2 benda aku nak wat tp tanpa perlu meminta kebnaran org lain... wat semuanya dgn sendiri... hidup berdikari.. x perlu risau pasal sesiapa yg nak marah klu tersalah jalan, tersilap wat sesuatu... nak bg contoh berlambak sgt...
Coz in my life nothing is perfect.. I always do mistake... n b'coz of that nothing seems right whatever i do... wat ni salah.. wat tu pun salah... X dgr ckp salah, dgr cakap pun salah.. So what is the right thing... nothing... nothing at all..

Disebabkan benda2 mcm ni la wat aku tension... tension tersangat - sgt... aku teringin sgt nak happy selalu... tp kebanyakkan masa kegembiraan aku adalah palsu semata-mata.. hanya utk membuat org lain bahagia... ok la... sekurang-kurangnya aku ade juga gembira tgk org lain bahagia... sekarang kerja..

Kerja... perkara yg membuatkan aku berfikir bahawa semuanya akan berubah bila aku kerja... tp tak... semuanya tetap sama.... org yang membuatkan semua ni tak berubah.. kat tempat kerja pun nak main diplomatic... bodo betul... otak x blh fungsi.. semua nak perfect... dah tau macam tu jgn la kedekut ilmu... klu dulu aku selalu nak gi kerja tp sekarang aku dah fed up... Selalu fikir bila nak dpt kerja lain, bukan x bagus tmpt tu.. Org2 kat situ yg wat tmpt tu jadi x bagus...

Penat... Penat krn x dpt ape2 yg berfaedah pun.. Sakit hati.. sakit badan... demam.. tu je la yg dpt... yg baik langsung x de... Mcm skrg aku tgh demam teruk... esok keje, klu cuti nanti keje x berjalan pastu org lain kena marah... kita rasa bersalah... balik lak nak tgh malam pasal jauh.. Mula2 tu aku x kisah langsung pasal jauh krn seronok dpt keje kat situ, tp bila tukar je org, tukar kuasa, mula la aku rasa benci.... Diorg bukan kisah pun... diorg lagi seronok tgk kitorg terpinga-pinga... ckp je utk kebaikkan kitorg tp langsung x nampak kebaikkan...

Susah betul la nak cr tmpt yg x kedekut ilmu... Aku nak blaja lagi, nak cr pengalaman.. salah ke???

Kahwin... sejak aku dah lepas umur 20 thn, semua org asyik buka topik yg sama, kahwin.. bosan betul... ade bnyk benda aku nak wat lagi drpd kahwin... bukan aku x nak kahwin langsung... aku nak... tp biarla aku jmp org yg betul sesuai dgn aku... yg sekurang-kurangnya buat aku gelak, gembira yg betul2 dtg dr hati aku bukan terpaksa krn org lain.. Biarla aku hidup dgn org yg menyayangi aku seadanya.. Sekurang-kurangnya x de la aku menyesal... Ade jodoh adelah, klu x de x blh nak wat pe la kan... Jodoh n maut ditgn allah s.w.t..

Fuuhhh.. panjang gak aku tulis... lain kali la aku sambung lagi pun in my life nothing is perfect ni ade je sambungannya... Coz in my life there is always trouble..;p
 
Copyright 2009 @@@@My Life@@@@. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemesfree